Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia

5 Nov 2025 • 8:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global bagi kedudukan pasport.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di laman sosial memaklumkan pencapaian berkenaan mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia.

“Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia,” menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.

Sumber: BERNAMA

The post Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia appeared first on Siakap Keli.