Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia, Nikmati Perjalanan Tanpa Visa Ke 174 Negara

5 Nov 2025 • 9:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global bagi kedudukan pasport.

Menurut laporan Bernama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di laman sosial memaklumkan pencapaian berkenaan mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia.

Pasport Malaysia

image is not available

“Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia,” menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.