Pasport Malaysia Meningkat Ke Tangga Ke-3 Dunia

LocalTravel
6 Nov 2025 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pasport Malaysia kini berada di tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025. Kedudukan ini membolehkan rakyat melancong tanpa visa ke 174 negara sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk menjelajah dunia.

image is not available

Pencapaian ini menjadi bukti kukuh bahawa dokumen perjalanan Malaysia diiktiraf dan dipercayai di peringkat antarabangsa. Ia juga mencerminkan kecekapan serta tahap keselamatan sistem imigresen negara yang terus diyakini oleh komuniti global.

Menurut laman rasmi Passport Index, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini menduduki tempat pertama dengan akses tanpa visa ke 179 negara. Diikuti dengan Singapura dan Sepanyol berkongsi kedudukan kedua dengan akses ke 175 negara.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Sementara itu, Malaysia berada di tangga ketiga bersama 15 negara lain termasuk Jerman, Perancis, Belanda, Korea Selatan serta beberapa negara Eropah lain. Sebelum ini, pasport Malaysia menduduki tangga ke-12 dalam Indeks Pasport Henley 2025 setaraf dengan Amerika Syarikat.

Dengan akses ke 174 negara tanpa visa, rakyat Malaysia kini lebih bebas untuk belajar, bekerja atau bercuti ke luar negara. Jika anda sedang merancang percutian, inilah masa terbaik untuk manfaatkan kelebihan ini sepenuhnya.