Passport Malaysia Meningkat Ke Tangga 11 Paling Berkuasa, Singapura Di Tangga Teratas

TechnologyDigital
18 Jul 2023 • 6:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Indeks pasport paling berkuasa dunia oleh Henley telah diterbitkan minggu ini. Pasport Malaysia meningkat ke tangga ke-11 paling berkuasa di dunia tahun ini berbanding tangga ke-13 tahun 2022. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan pergi ke 180 negara tanpa memerlukan visa.

image is not available

Ini adalah kedudukan terbaik Malaysia sejak 2018 di mana pasport negara berada di tangga ke-10. Pasport paling berkuasa di dunia kini ialah Singapura yang berjaya mengambil alih kedudukan Jepun tahun lalu yang kini jatuh ke tangga ke-3.Pemegang pasport Singapura boleh pergi ke 192 destinasi tanpa memerlukan visa.