Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada usia 100 tahun hari ini bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat rakyat Malaysia, malah perhatian ramai turut terarah kepada suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selepas puluhan tahun menjalani kehidupan bersama, ramai dilihat tersentuh memikirkan kehilangan yang perlu dilalui Tun Mahathir selepas pemergian isteri tercinta.
Advertisement
70 tahun bersama sejak 1956
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang pengguna meluahkan rasa sebak melihat Tun Mahathir selepas kehilangan insan yang sekian lama berada di sisinya.
Menurut perkongsian tersebut, pasangan berkenaan telah bersama sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 1956.
Hanya tinggal Tun M tanpa pasangan Beliau. 70 tahun bersama sejak 1956 pernikahan. Pasti malam ni jadi malam paling sunyi buat sang suami, Tun M.
Perkongsian berkenaan turut memaparkan rakaman Tun Mahathir berada di dalam sebuah kenderaan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
View on Threads
Netizen sebak lihat Tun Mahathir
Di ruangan komen, ada yang mengakui berasa sedih dan hiba melihat keadaan Tun Mahathir ketika itu.
Sedih dan hibanya rasa tengok Tun pakai oxygen tu
Namun, berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai keadaan kesihatan Tun Mahathir ketika rakaman tersebut dibuat. Justeru, perkara itu tidak boleh disimpulkan hanya berdasarkan visual berkenaan.
Selepas hampir tujuh dekad melayari kehidupan berumah tangga bersama, pemergian Tun Siti Hasmah nyata membuatkan ramai turut bersimpati dengan kehilangan besar yang kini dihadapi Tun Mahathir.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tun Dr Hasmah Mohd Ali Meninggal Dunia, Berita Disahkan Anak Mokhzani Mahathir
The post “Pasti Malam Ini Jadi Malam Paling Sunyi Buat Tun M” – Netizen Sebak, 70 Tahun Bersama Tun Siti Hasmah Kini Tinggal Kenangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[VIDEO] Gagal peperiksaan, Tun M tawar tuisyen percuma kepada Tun Siti Hasmah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-11.28.45-PM-1024x650.jpeg)




