‘Pastikan kematian Irene Sofiya tidak berlalu begitu sahaja’

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 1:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Pastikan kematian Irene Sofiya tidak berlalu begitu sahaja’

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan kematian pelajar Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng kelmarin, tidak berlalu begitu sahaja.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil langkah sewajarnya berhubung kejadian yang berlaku.

“Hari ini seorang anak kita telah meninggal dunia. Kita tidak boleh mengembalikan anak ini kepada keluarganya. Tetapi kita boleh memastikan kematiannya tidak berlalu begitu sahaja.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan menjalankan tugas PDRM, KPM akan menjalankan tugas KPM. Yang berada dalam tanggungjawab kita, kita periksa, kita baiki. Kalau SOP (prosedur operasi standard) tidak dipatuhi, kita ambil tindakan. Kalau ada kecuaian, mesti ada pertanggungjawaban,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Fadhlina turut mengingatkan kepada ibu bapa bahawa sekolah dan rumah juga tidak boleh bergerak sendiri dalam membesarkan anak-anak.

“Itu adalah tanggungjawab kita kepada anak yang telah pergi. Itulah juga tanggungjawab kita kepada jutaan anak yang akan masuk ke sekolah seperti biasa pada hari ini, esok, lusa, tahun depan dan seterusnya.

“Kebenaran mesti dirungkai dan keadilan mesti ditegakkan. Justice for Irene Sofiya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta mana-mana pihak untuk berwaspada dan berhati-hati dalam membuat kenyataan berkait pelajar ditahan dan direman.

“Mereka masih di bawah umur dan siasatan PDRM sedang berjalan. Jangan kita membicarakan atau menghukum mereka lebih ataupun terlebih dahulu melalui media sosial sebelum proses undang-undang selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Pastikan kematian Irene Sofiya tidak berlalu begitu sahaja’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved