Pasukan Polis Marin rampas 76 tan Minyak Sawit Mentah bernilai RM2.3 juta

LocalBusiness & Finance
15 Jun 2025 • 8:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 76 tan Minyak Sawit Mentah (MSM) dianggarkan bernilai RM2.33 juta, dalam operasi di sebuah premis tidak bernombor di Batu 15, Jalan Lahad Datu-Kinabatangan, pada Jumaat.

Dalam operasi jam 11.40 pagi itu, pasukan itu menemui sebuah lori tangki dan sebuah van di premis tersebut yang disyaki digunakan untuk menyimpan MSM itu.

Komander Polis Marin Sabah (Wilayah Empat) ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, empat individu berusia antara 29 dan 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});

“Pasukan turut merampas dua treler, sebuah van, tangki minyak serta pelbagai peralatan, termasuk pam, dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan penyelewengan itu.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005,” katanya.

Tambahnya, PPM komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah demi keselamatan dan kesejahteraan negara.