Pasukan Polis Marin Semporna tahan dua lelaki cuba seludup diesel

15 Feb 2024 • 1:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki dan merampas 12 gelen diesel, dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran, di perairan Kampung Simunul, di sini, pada Isnin.

Pasukan PPM sedang melakukan rondaan semasa Ops Taring Gelora di kawasan berkenaan apabila ternampak sebuah bot yang mencurigakan.

Pasukan itu kemudiannya menangkap dan memeriksa bot tersebut. Hasil pemeriksaan menemui 12 jerikan berisi 30 liter diesel setiap satu di dalam bot.

Pasukan itu menahan tekong bot berusia 28 tahun dan lelaki berusia 18 tahun.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata tangkapan dan rampasan itu dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, kesemua rampasan bernilai RM16,474 termasuk bot dan enjinnya akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, PPM pada Selasa menahan dua lelaki dan merampas 30 bungkus beras dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran dekat laut Mataking.

Difahamkan, satu pasukan PPM sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 7.40 pagi apabila ternampak sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan.

Pasukan itu kemudiannya menahan dan memeriksa bot terbabit yang membawa kepada penemuan 30 bungkus beras berisi 10kg beras setiap satu.

Pemeriksaan lanjut mendapati juragan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ahmad Ariffin berkata kedua-dua suspek berusia 35 dan 52 tahun serta rampasan yang dianggarkan bernilai RM7,240 termasuk bot dibawa ke jeti PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Ahmad Ariffin berkata, kes itu akan dirujuk kepada Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.