Pasukan Polis Marin tumpas cubaan seludup petrol, tahan dua suspek

LocalPolitics
20 May 2025 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan dua bot menyeludup keluar 3,925 liter petrol melalui perairan Mataking pada Sabtu.

Komander Marin Wilayah Empat Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata dua lelaki warga Filipina berusia 23 dan 37 tahun ditahan bersama petrol dalam simpanan mereka dalam dua operasi berasingan.

Mohd Nazri berkata, dalam operasi pertama kira-kira jam 9 malam, pasukan PPM mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan dan menahannya untuk pemeriksaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata, pasukan itu menemui 49 jerikin berisi petrol, masing-masing berisi 25 liter, dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

“Juragan bot, seorang warga Filipina berusia 37 tahun gagal mengemukakan dokumen untuk membuktikan pemilikan barangan tersebut,” katanya.

Mohd Nazri berkata, pasukan itu menahan sebuah lagi bot kira-kira setengah jam kemudian membawa 108 lagi jerikin dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tekong bot warga Filipina berusia 23 tahun itu juga gagal mengemukakan dokumen pemilikan barangan berkenaan.

Kedua-dua suspek dan rampasan dianggarkan bernilai RM127,650.20 dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, tambahnya.

Beliau berkata PPM Wilayah Empat Sabah akan terus komited membanteras aktiviti penyeludupan demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.