PATI agresif, berisiko cederakan anggota PGA bertugas di sempadan

5 Oct 2026 • 4:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PATI agresif, berisiko cederakan anggota PGA bertugas di sempadan

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berani bertindak agresif sehingga berisiko mencederakan anggota yang bertugas di lapangan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, kebanyakan PATI berani menyerang dan melanggar anggota ketika cuba lolos untuk masuk ke negara ini.

Menurutnya, PGA ketika ini menghadapi masalah ketika menjalankan operasi di Kelantan apabila PATI semakin agresif terhadap pihak berkuasa.

“Kita sudah banyak membuat tangkapan PATI dari Myanmar, Thailand, Bangladesh dan Indonesia masuk melalui sempadan di Kelantan secara haram.

“Dalam tempoh sebulan penugasan Ops Taring Wawasan Kelantan, seramai 70 PATI 15 wanita dan 7 kanak pelbagai warganegara ditahan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ops Taring Wawasan Kelantan antara Batalion 8 dan Batalion 9 PGA di Markas Taktikal PGA, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, pihaknya menerima maklumat kes penyeludupan PATI melalui sempadan Kedah dan Perlis semakin meningkat sejak kebelakangan ini susulan kawalan ketat di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, PATI menyelinap masuk ke negara ini pada tengah malam dan subuh untuk mengaburi mata pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post PATI agresif, berisiko cederakan anggota PGA bertugas di sempadan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved