PATI elak dicekup PGA lemas di Sungai Kelantan

28 Sep 2026 • 9:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PATI elak dicekup PGA lemas di Sungai Kelantan

KOTA BHARU – Cubaan seorang tekong darat untuk menyeludup seramai lima pendatang asing tanpa izin (PATI) berakhir tragedi apabila salah seorang daripada warga asing itu dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Lembah Sireh di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, PATI yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya dipercayai lemas di sungai tersebut ketika melarikan diri.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota PGA dengan dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada awalnya menahan sembilan warga Indonesia termasuk tiga wanita dan seorang lelaki warga India ketika menyerbu kawasan tersebut kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Katanya, sebuah kereta jenis Nissan Almera dan motosikal jenis Honda Vario turut dirampas dalam serbuan itu.

“Polis kemudian menerima laporan berhubung kegiatan menyeludup PATI di kawasan tersebut sebelum membuat pencarian semula untuk mengesan baki PATI yang disyaki masih berada di kawasan sekitar sungai tersebut kira-kira dua jam kemudian.

“Pencarian semula di kawasan itu membawa kepada penangkapan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai tekong darat, tiga warga Pakistan dan seorang warga India,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, tekong darat itu memaklumkan bahawa seorang lelaki warga yang tidak dapat dikenal pasti disyaki lemas di Sungai Kelantan ketika melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

The post PATI elak dicekup PGA lemas di Sungai Kelantan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved