Wanita maut, kereta dipandu terbabas dalam sungai

LocalCars
27 Sep 2026 • 12:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita maut, kereta dipandu terbabas dalam sungai

KULAI – Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam sungai di kilometer 25 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 2.49 pagi itu melibatkan mangsa berusia 21 tahun memandu kereta Proton Saga dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menuju ke bandar Kulai.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kenderaan dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar sebuah pam air dan terbabas ke dalam sungai berhampiran kawasan kemalangan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Kulai untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sebelum itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai terpaksa mengharungi air sungai separas kira-kira 3 meter untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta dipandunya itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK) Mohd Syafiq Rejab berkata, kereta tersebut terlebih dahulu hanyut kira-kira 500 meter akibat arus deras dan terpaksa diikat pada sebatang pokok sebelum usaha mengeluarkan mangsa dapat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita maut, kereta dipandu terbabas dalam sungai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved