‘Pattern Tomboy Setiap Negara Memang Sama Ke’, Acara Di Luar Negara Undang Reaksi Netizen Malaysia

14 Jun 2023 • 1:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Macam-macam jelah acara yang diadakan baru-baru ini.

‘Pattern Tomboy Setiap Negara Memang Sama Ke’, Acara Di Luar Negara Undang Reaksi Netizen Malaysia. Tomboy – secara umumnya ia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai sifat dan cara berpakaian yang lebih mirip dengan lelaki.

Baru-baru ini terdapat satu acara yang telah berlangsung di Hsinchu City, Taiwan telah menarik perhatian netizen Malaysia.

image is not available
‘Pattern Tomboy Setiap Negara Memang Sama Ke’, Acara Di Luar Negara Undang Reaksi Netizen Malaysia

“Pattern tomboy memang sama ke setiap negara whahahah” – netizen

Acara tersebut adalah pertandingan Tomboy yang dilangsungkan pada awal minggu ini. Diadakan seperti male beauty pageant, video yang mempromosikan peserta pertandingan Tomboy tersebut telah menjadi tular di laman sosial.

Apa yang menarik perhatian netizen Malaysia adalah peserta-peserta yang mengikuti pertandingan tersebut. Kata mereka, style Tomboy di luar negara juga lebih kurang sama dengan Tomboy di Malaysia.

image is not available

image is not available

Difahamkan bahawa para peserta dan pihak penganjur merupakan warga Filipina, namun acara tersebut diadakan di Taiwan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: