Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Pembakaran hutan yang teruk di beberapa wilayah Indonesia terus menjadi punca utama penurunan kualiti udara dan ancaman jerebu rentas sempadan yang melanda negara-negara jiran, termasuk Malaysia.
Terbaharu, satu insiden kebakaran besar membabitkan kawasan permukiman padat di Tenggarong, Kalimantan Timur merebak pantas sehingga memusnahkan puluhan kediaman penduduk.
Kejadian kebakaran dasyat berkenaan telah mengakibatkan kemusnahan skala besar di kawasan RT 33 hingga meranapkan kira-kira 75 buah kediaman dan bangunan sewaan.
Artikel berkaitan: “Buka mata lebar-lebar!” – Kalimantan Masih Dibelenggu Jerebu & Kebakaran Hutan, Penduduk Terpaksa Hidup Dalam Asap
Artikel berkaitan: Jerebu Makin Teruk! Dijangka Berlarutan Hingga Esok, Ini Puncanya…
View on Threads
Pihak bomba dan pasukan sukarelawan yang bertungkus-ramus di lokasi kejadian turut memohon maaf kepada penduduk setempat kerana berdepan kekangan logistik dan sumber air semasa operasi memadamkan api.
Insiden kebakaran berterusan di wilayah Kalimantan bukan sahaja memusnahkan harta benda dan tempat tinggal penduduk tempatan, malah pelepasan asap tebal berterusan turut memberi kesan langsung kepada kemerosotan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di wilayah Malaysia dan Singapura.
Impak kebakaran hutan yang berterusan di negara jiran kini menyaksikan kualiti udara di Malaysia merosot ke paras yang membimbangkan, ramai netizen meluahkan rasa hampa dan marah atas pencemaran udara ini.

Keadaan ini turut memaksa penutupan beratus-ratus sekolah serta tadika di Johor demi keselamatan murid, selain pembatalan beberapa acara sukan terbuka akibat jarak penglihatan yang terhad serta bahaya risiko kesihatan.
Sumber: Metro TV, Astro AWANI
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




