PAU 2026: Kehadiran Afnan Hamimi di Perhimpunan Pemuda UMNO curi tumpuan

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 9:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PAU 2026: Kehadiran Afnan Hamimi di Perhimpunan Pemuda UMNO curi tumpuan
Afnan Hamimi (depan, tiga dari kiri) hadir ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Kehadiran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis mencuri tumpuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar tiba kira-kira jam 9 pagi sebelum menyertai perarakan masuk ke dalam dewan mengiringi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Afnan Hamimi pada Rabu mengesahkan beliau akan menghadiri perhimpunan tahunan terbesar UMNO itu.

Beliau berkata, kehadiran tersebut adalah bagi membalas jemputan yang diberikan oleh sayap Pemuda UMNO selepas wakil mereka menghadiri Muktamar Pas minggu lalu.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan berlangsung empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved