Tiada pemimpin kanan UMNO ditahan lepas PAU – SPRM

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 4:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada pemimpin kanan UMNO ditahan lepas PAU – SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan spekulasi mengenai pemimpin kanan UMNO yang akan ditahan selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 pada minggu ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, siasatan dan penahanan pemimpin kanan UMNO tiada dalam senarai penyiasatan yang diterima pihaknya.

“Kadang-kadang masyarakat lebih percaya andaian dan spekulasi.

“Harap kalau ada pihak dapat sesuatu berita, ia perlu dapat bukti daripada pihak wajib dan jika berkaitan kita, ia adalah daripada SPRM,” katanya kepada pemberita pada sesi wawancara di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Terdahulu, UMNO menegaskan tidak akan menghalang tindakan SPRM jika terdapat bukti kukuh untuk mendakwa mana-mana pemimpin parti itu jika terlibat dalam apa jua salah laku.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM bagi membolehkan proses pendakwaan dijalankan sekiranya siasatan mendapati terdapat asas kukuh untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang siasatan termasuk membabitkan pemimpin kanan parti perlu dilakukan secara adil dan telus. – UTUSAN

The post Tiada pemimpin kanan UMNO ditahan lepas PAU – SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved