Pavel Durov mohon domain ‘.gram’, pengguna bakal boleh cipta laman web dihos Telegram?

TechnologyDigital
19 Aug 2026 • 2:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pavel Durov mohon domain ‘.gram’, pengguna bakal boleh cipta laman web dihos Telegram?

Aplikasi Telegram bukanlah platform asing di Malaysia mahupun di seluruh negara. Platform teraskan permesejan ini telah dimuat turun lebih dari satu billion pengguna menerusi perkongsian fakta di laman sesawang Telegram.

Apatah lagi Telegram sering digunapakai bagi menyimpan atau menghantar gambar, rakaman video dan fail yang berkualiti. Serta aplikasi ini menjadi pilihan pengguna yang ingin mencipta kumpulan dengan ahli yang ramai dan tanpa had penyiaran.

Mohon domain ‘.gram’

Menyebut tentang Telegram, pengasas platform terkenal ini iaitu Pavel Durov memuatnaik hantaran beliau di laman akaun X miliknya. Di mana Pavel berkongsi berita, bahawa Telegram sedang memohon domain nama ‘.gram’ dan sedang menunggu jika permohonan tersebut mendapat kelulusan dari Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN).

Jika permohonan domain nama ‘.gram’ ini diluluskan, pengguna Telegram bakal memiliki zon domain kedua sendiri seperti (nama rekaan.gram) contoh (soyacincaubm.gram).

Bukan itu saja Pavel turut menyatakan pengguna aplikasi Telegram juga boleh mencipta laman sesawang peribadi interaktif yang dihoskan oleh Telegram, jika ia mendapat kelulusan dari badan organisasi yang mengelola sistem identifikasi unik di internet ini.

Pengguna media sosial teruja jika domain ‘.gram’ diluluskan

Menjengah ke ruangan komen X milik pengasas aplikasi terkenal ini, rata-rata menyatakan rasa gembira jika platform berkenaan berjaya mendapat kelulusan untuk penggunaan nama domain ‘.gram’.

“Ini boleh jadi feature yang gila. ICANN tolonglah luluskan zon domain ni supaya orang ramai boleh gunakanya.” komen pengguna sosial media di laman X

Image from: Pavel Durov mohon domain ‘.gram’, pengguna bakal boleh cipta laman web dihos Telegram?

“Saya nak tempah dua ni! 5.gram five.gram” komen seorang pengguna X

Image from: Pavel Durov mohon domain ‘.gram’, pengguna bakal boleh cipta laman web dihos Telegram?

“Seseorang akan dapatkan kilo.gram”

“TG patut jadikan semua pengguna kepada destinasi digital. Satu identiti. Satu domain. Potensi tanpa had.” tulis pengguna di laman X

Image from: Pavel Durov mohon domain ‘.gram’, pengguna bakal boleh cipta laman web dihos Telegram?

“Menunggu domain my.gram saya.” komen pengguna X lagi

Image from: Pavel Durov mohon domain ‘.gram’, pengguna bakal boleh cipta laman web dihos Telegram?

Apa-apa pun domain ‘.gram’ ini masih dalam proses permohonan, sama-samalah kita nantikan kemaskini dari pengasas Telegram ini nanti.

Jika diluluskan, nama apa anda nak cipta dengan ‘.gram’ ini? Kongsikan diruangan komen kami.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved