Pawagam Bakal Dibuka Di Kelantan, Masih Dalam Perbincangan – Kerajaan Negeri

30 Oct 2022 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat usaha mereka untuk membuka semula panggung wayang gambar (pawagam) di negeri itu sebagai sesuatu yang boleh dilakukan dan ‘sangat positif’.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan untuk membuka pawagam di negeri itu masih diteliti dan sentiasa dibincangkan di pelbagai peringkat. Dalam satu kenyataan, beliau berkata ia mestilah mengikut kesederhanaan seperti ajaran Islam.

“Kita tahu kita tidak boleh menghalang fitrah (untuk berhibur) namun, ia mestilah mengikut kesederhanaan seperti ajaran Islam,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan, malam tadi.

image is not available

Ketiadaan panggung wayang di negeri Kelantan mula hangat diperkatakan kembali selepas sambutan luar biasa filem Mat Kilau di seluruh negara. Situasi ini membuatkan rakyat Kelantan terpaksa pergi ke negeri lain untuk menonton filem sejarah itu.

image is not available

Selain itu, beliau juga berkata pihak kerajaan negeri bersedia untuk meneliti segala pandangan baharu berhubung seni dan budaya asli Kelantan seperti tarian Mak Yong Menora dan Main Puteri.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Kelantan sejak pemerintahaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menolak seni dan budaya. Jelas beliau, seni dan hiburan adalah sebahagian daripada kehidupan.

Adakah Kelantan bakal ada pawagam? Sama-sama kita tunggu!

 

Kredit: Utusan

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.