Pawang Diserang Buaya Sewaktu Ritual, Keluarga Dakwa Jelmaan Manusia

20 Feb 2025 • 11:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pawang mengalami luka dan patah tulang tangan selepas diserang seekor buaya sewaktu melakukan ritual di sebuah taman pelancongan, Cimory Land, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan. 

Apa yang menarik, buaya tersebut didakwa merupakan jelmaan manusia yang merupakan salah seorang penduduk kampung yang telah hilang saat banjir melanda Kampung Kajang, Lorong 1, Kelurahan Tamangapa.



Warga kampung datang ke Cimory Land untuk ‘menjemput’ buaya yang dikatakan jelmaan manusia itu di pusat tersebut selepas haiwan itu diselamatkan dan diletakkan di situ selepas banjir melanda kampung mereka.



Sewaktu ritual sedang dijalankan dengan pawang yang dikenali sebagai Baco Dg Rani ‘memujuk’ buaya jelmaan untuk dibawa pulang, dia telah diserang secara tiba-tiba, lapor Detik.com.



Buaya yang telah dipersembahkan dengan pisang dan telur itu menyerang pawang tersebut dengan menyambar tangan sehingga luka dan patah.



“Tangannya tidak putus tapi mengalami luka dan patah tulang. Dia dikejarkan ke hospital selepas diserang. Pawang itu dibawa keluarga yang mendakwa anggota keluarga merea hilang sewaktu banjir dan menjelma sebagai buaya,” wakil pihak berkuasa tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved