PBB Gesa AS, Iran Sambung Semula Rundingan Menjelang Tarikh Akhir 60 Hari

WorldPolitics
18 Aug 2026 • 9:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PBB Gesa AS, Iran Sambung Semula Rundingan Menjelang Tarikh Akhir 60 Hari

WASHINGTON, 18 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin gesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyambung semula rundingan ketika tempoh 60 hari untuk mencapai perjanjian lebih menyeluruh semakin hampir berakhir, sambil memberi amaran bahawa konflik itu tidak boleh diselesaikan melalui tindakan ketenteraan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu pemberita bahawa pendirian Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kekal tidak berubah sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb.

“Pendiriannya tetap sama seperti yang disampaikan sejak awal, iaitu konflik ini tidak boleh di selesaikan melalui tindakan ketenteraan.

“Beliau menggesa Iran dan Amerika Syarikat menyambung semula rundingan ke arah penyelesaian secara aman dan berkekalan secepat mungkin, bagi mengelakkan tindakan ketenteraan serta meredakan retorik yang kita dengar sejak beberapa hari kebelakangan ini,” kata Dujarric.

Baca juga:

Kenyataan itu dibuat ketika tempoh rundingan selama 60 hari hampir berakhir tanpa perjanjian menyeluruh.

Tempoh berkenaan ditetapkan berdasarkan persefahaman antara AS dan Iran pada Jun yang membuka ruang untuk rundingan ke arah penyelesaian lebih menyeluruh.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei berkata tempoh 60 hari untuk rundingan dengan AS susulan memorandum persefahaman pada 17 Jun telah “hilang kerelevanannya” selepas apa yang disifatkannya sebagai pencabulan “terang-terangan” oleh Washington.

Dujarric turut ditanya mengenai pertemuan baru-baru ini antara penasihat dan menantu Presiden Donald Trump, Jared Kushner, dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

“Saya tidak mempunyai perkembangan terbaharu mengenai pertemuan itu,” kata beliau.

Tehran dan Washington bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada April sebelum menandatangani memorandum persefahaman pada Jun yang bertujuan menamatkan konflik ketenteraan antara kedua-dua pihak dan mencapai perjanjian damai berkekalan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved