Tempoh rundingan 60 hari Iran-AS tamat

WorldPolitics
17 Aug 2026 • 6:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tempoh rundingan 60 hari Iran-AS tamat

TEHERAN: Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baqaei berkata pada Isnin bahawa tempoh 60 hari untuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan memorandum persefahaman (MoU) pada 17 Jun sudah tidak lagi relevan selepas apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan oleh Washington.

“Tiada peruntukan dalam MoU yang merujuk kepada tempoh 60 hari  dan Republik Islam Iran tidak pernah merangka dasar berdasarkan tekanan, kata dua atau had masa,” kata Baqaei kepada pemberita pada sidang media mingguan, seperti dipetik agensi berita separa rasmi Tasnim.

Sebaliknya, memorandum itu menetapkan tempoh 60 hari untuk rundingan mengenai dua perkara  iaitu penghapusan sekatan  dan isu nuklear  yang boleh dilanjutkan sekiranya tiada persetujuan dicapai, katanya.

“Oleh sebab Amerika tmelakukan pelanggaran terang-terangan dan meluas terhadap MoU tersebut, tiada dialog dimulakan hanya beberapa minggu selepas ia ditandatangani,” kata Baqaei.

“Justeru, perbincangan mengenai tempoh 60 hari itu sudah tidak lagi relevan,” tambahnya.

Sementara itu, CNN melaporkan tempoh 60 hari yang diberikan kepada AS dan Iran untuk mencapai persetujuan ke arah menamatkan perang telah berakhir.

Menurut CBS News, Isnin menandakan genap 60 hari  AS dan Iran menandatangani MoU yang menetapkan supaya perjanjian damai yang lebih menyeluruh dirundingkan dalam tempoh tersebut. 

Selepas beberapa kali pertempuran tercetus semula dan munculnya kenyataan bahawa perjanjian hampir dicapai, belum kelihatan sebarang rancangan konkrit untuk menamatkan perang yang telah berlarutan selama 24 minggu itu – AGENSI

The post Tempoh rundingan 60 hari Iran-AS tamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved