Manifesto BN: Pelaksanaan pembangunan MVV diselaras semula

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 11:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Manifesto BN: Pelaksanaan pembangunan MVV diselaras semula

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) mahu menyelaras semula pelaksanaan pembangunan kawasan Malaysia Vision Valley (MVV) serta memastikan pembangunannya memberi impak limpahan ke seluruh negeri.

Perkara itu terkandung dalam Teras 1, Ekonomi dan Pembangunan, Manifesto BN Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dilancarkan malam ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembangunan MVV perlu mengikut pelan induk yang diuruskan oleh pemaju utama

“Kita tidk boleh jual-jual tanah
begitu, jadi huru-hara nanti kita punya pembangunan. Itu mesti diselaraskan semula. Mesti ikut kita punya grand plan tu, pelan besar itu.

“Ada 1,000 ekar kawasan tanah lapang, kalau di New York ada Central Park, kita pun ada, tempat orang beriadah, bernafas.

“Kita sudah lantik perancang bandar terbaik dunia pada ketika itu, sudah bertemu tiga empat kali dan mereka bersetuju ia adalah perancangan bandar yang terbaik, itu yang kita mahu buat, tapi apakan daya, tergendala,” katanya semasa sidang akhbar di sini.

Sementara itu, Mohamad berkata,
manifesto berkenaan disifatkan beliau sebagai manifesto ‘menyambung kerja’ iaitu hasil dasar-dasar yang telah kerajaan BN rancang sebelum ini.

Ia termasuk Dasar Pembangunan Negeri Sembilan 30 tahun iaitu 2015 hingga 2045 selain dasar membangunkan ekonomi yang didukung MVV.

” Tetapi malangnya, ia telah terencat kerana kalah 2018. Jadi ini kami hendak sambung semula. Bukannya manifesto yang kita rancang hendak menyeronokkan hati orang, bukannya manifesto yang kita rancang untuk kita janji-janji orang
manis-manis.

“Tetapi menyambung kerja kita, yang telah pun tergendala kerana kalah pada 2018,” katanya. – UTUSAN

The post Manifesto BN: Pelaksanaan pembangunan MVV diselaras semula appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved