Manifesto BN Negeri Sembilan dipantau unit khas, pastikan setiap janji dilaksana

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 10:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Manifesto BN Negeri Sembilan dipantau unit khas, pastikan setiap janji dilaksana

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menubuhkan Unit Pemantauan Pelaksanaan Manifesto bagi memastikan setiap tawaran yang dikemukakan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan sekiranya diberi mandat mentadbir negeri.

Pengarah Pilihan Raya BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, penubuhan unit berkenaan membuktikan kesungguhan BN untuk bukan sekadar membuat janji, sebaliknya memastikan setiap komitmen dipantau, dinilai dan dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, manifesto BN bukan hanya dokumen pilihan raya, sebaliknya menjadi panduan kepada pentadbiran negeri sekiranya rakyat terus memberikan kepercayaan kepada gabungan itu.

“BN mengambil pendekatan yang cukup teliti dalam menyediakan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri kali ini.

“Kita tidak bermula dengan memikirkan apakah janji yang paling menarik untuk didengar. Sebaliknya, kita bermula dengan satu persoalan yang lebih penting iaitu apakah yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Negeri Sembilan

“Sebab itulah manifesto ini turut disokong dengan penubuhan Unit Pemantauan Pelaksanaan Manifesto supaya setiap komitmen yang dibuat dapat dipantau, dinilai dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto BN Negeri Sembilan di Bandar Sri Sendayan, di sini hari ini.

Manifesto berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Jalaluddin berkata, BN memilih untuk menawarkan pelan yang realistik, komitmen yang boleh dilaksanakan serta hala tuju yang lahir daripada keperluan sebenar rakyat, bukannya menjanjikan perkara yang sukar ditunaikan.

Katanya, setiap tawaran dalam manifesto dirangka berdasarkan kemampuan kerajaan negeri dan keperluan sebenar rakyat.

“Kita tidak mahu menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan. Kita mahu menawarkan penyelesaian yang benar-benar boleh memberi manfaat kepada rakyat.

“Apa yang membezakan BN adalah kami bukan sahaja berani membuat komitmen tetapi kita juga bersedia dipertanggungjawabkan,” katanya. – UTUSAN

The post Manifesto BN Negeri Sembilan dipantau unit khas, pastikan setiap janji dilaksana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved