‘PBS dan Warisan mustahil kerjasama’

LocalPolitics
12 Oct 2024 • 4:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzukifli

BEAUFORT: Kemungkinan kerjasama antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang adalah perkara yang mustahil berlaku.

Naib Presiden PBS, Datuk Ruslan Muharam berkata, pendirian PBS tegas iaitu tidak akan bekerjasama dengan Warisan, sebaliknya akan kekal muafakat bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurutnya, kerjasama dengan Warisan hanya akan merosakkan kestabilan politik seterusnya menimbulkan pelbagai masalah secara domino hingga menjejaskan pembangunan rakyat dan Sabah.

“Rakyat sudah bosan dengan politik seperti ini dan hanya mahukan kesejahteraan, kestabilan politik dan ekonomi, mahu isu-isu rakyat diselesaikan.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Itu yang rakyat inginkan dan itu yang GRS laksanakan hari ini.

“Justeru, saya selaku Naib Presiden PBS memberi jaminan (tiada kerjasama dengan Warisan) dan baru-baru ini juga pemangku presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam turut menyatakan perkara sama.

“PBS lebih mementingkan kestabilan politik berbanding kepentingan peribadi, dan kestabilan itu hanya dapat diperolehi di bawah GRS,” tegasnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lumadan Sejahtera, di sini, Khamis.

Beliau mengulas provokasi baru-baru ini ekoran satu hantaran tular di media sosial yang mahukan Star/PBS dan Warisan membentuk kerjasama politik.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, provokasi itu jelas satu propaganda bertujuan untuk merosakkan keutuhan semua parti dalam GRS.

Katanya, propaganda itu juga bukti GRS adalah sebuah gabungan yang kukuh hingga ada pihak terpaksa bertindak ‘kotor’, namun cubaan mereka tidak tercapai.

“Pihak di sana gerun melihat GRS sangat kukuh malah rakyat pula mempunyai keyakinan dengan kepimpinan Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

“Jadi mereka buat propaganda agar GRS hilang kepercayaan terhadap PBS/Star bagi melemahkan gabungan ini, namun hakikatnya ia tidak akan berlaku,” katanya sambil menyifatkan pihak terbabit hanya mampu ‘bermimpi di siang hari’.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.