
BEAUFORT: Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Lumadan Datuk Ruslan Muharam yakin parti itu akan kekal mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi sama pada Pilihan Raya Negeri Ke 17 (PRN17) akan datang.
Ruslan berpendapat langkah itu wajar berbanding meletakkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan terbabit.
“Bagaimanapun mana-mana pihak mempunyai hak bertanding kerana ini adalah amalan demokrasi namun pada masa sama parti itu juga harus mempunyai sokongan di peringkat akar umbi.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita bertanding sebab mahu menang bukan sekadar bertanding saja yang akhirnya kalah.
“Oleh itu adakah peringkat kepimpinan GRS akan mempertimbangkan kepada yang ingin bertanding di Lumadan selain daripada PBS sedangkan mereka (Amanah) tidak mempunyai kekuatan yang sama.
“Amanah perlu menilai semula hasrat bertanding di Lumadan,” katanya ketika ditemui di Perasmian Mesyuarat Tahunan Lima Bahagian PBS Zon Pedalaman pada Ahad.
Majlis dirasmikan Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Lebih 500 ahli parti Warisan, Umno dan Parti Cinta Sabah (PCS) Bahagian Beaufort keluar parti untuk menyertai PBS Bahagian Lumadan pada majlis itu.
Terdahulu Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini mengesahkan hasrat parti itu bertanding di kerusi Lumadan, Tanjung Aru dan Sulabayan pada PRN17 yang kini dalam proses perundingan.
Amanah mensasarkan lima kerusi untuk ditandingi selain ketiga-tiga kerusi terbabit selain dua lagi kerusi sudah dimuktamadkan melalui rundingan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu Ruslan yang juga Naib Presiden PBS berkata kepimpinan GRS juga telah sepakat bahawa wakil-wakil rakyat sedia ada akan dikekalkan sebagai calon gabungan itu namun perkara itu tetap bergantung kepada beberapa aspek antaranya faktor kesihatan, persiapan pilihan raya dan beberapa faktor berkaitan lainnya.
