PDPR: 5,000 Pek sim prabayar untuk pelajar B40 di Johor

LocalTechnology
29 Oct 2026 • 10:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PDPR: 5,000 Pek sim prabayar untuk pelajar B40 di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 5,000 pek SIM prabayar YES 5G bernilai RM100,000 disumbangkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Johor bagi membantu mereka mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan situasi jerebu baru-baru ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar inisiatif itu dilaksanakan atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah terhadap pendidikan dan kebajikan generasi muda, khususnya pelajar yang berhadapan kekangan akses Internet.

“Setiap pek SIM dilengkapi dengan 50 gigabait (GB) data Internet berkelajuan tinggi secara percuma bagi memudahkan pelajar mengakses bahan pendidikan digital serta mengikuti sesi PdPR dengan lebih lancar,” menurut hantaran itu.

Sumbangan menerusi Inisiatif Kesalinghubungan Digital Johor itu melibatkan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), YTL Communications Sdn Bhd dan Jabatan Pendidikan Johor.

Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K. Lee bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishammuddin Abdul Rahim di Menara YTL, Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Jacob Yeoh Keong Yeow, Ketua Pemasaran YTL Communications Chay Wan Nee dan Pengurus Komunikasi Korporat YRZSNJ Dawson Yeang.

Hishammuddin turut merakamkan penghargaan kepada YTL Communications atas sumbangan itu yang disifatkan mampu membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan keluarga B40.

Beliau berkata inisiatif itu penting bagi memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan tidak tercicir dalam pembelajaran akibat keterbatasan akses Internet.

Sementara itu Wing berharap pengagihan pek SIM percuma itu dapat membantu pelajar di Johor meneruskan pembelajaran tanpa ketinggalan. – Bernama

The post PDPR: 5,000 Pek sim prabayar untuk pelajar B40 di Johor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved