PDRM diberi dua hari soal pilot seludup 25 ekstasi

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 5:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PDRM diberi dua hari soal pilot seludup 25 ekstasi

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kebenaran selama dua hari bagi menemubual seorang juruterbang Malaysia yang ditahan kerana menyeludup ekstasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai empat pegawai polis tiba di Jakarta pagi tadi bagi tujuan berkenaan.

Jelas beliau, pihak telah diberikan ruang oleh Polis Republik Indonesia (POLRI) selama dua hari iaitu 12 dan 13 Ogos untuk menemui warga Malaysia itu.

“Kita akan mengumpul maklumat yang lebih banyak dan tepat untuk dibandingkan dengan apa yang kita dapat setakat ini.

“Beberapa beberapa perkara lain juga akan ditanya termasuk berkaitan sindiket bagi membantu siasatan kes itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang juruterbang tempatan ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram (kg) dadah jenis ekstasi bersama sejumlah kecil syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, kata Hussien, setakat ini pihaknya telah memanggil antara empat hingga lima individu untuk direkodkan keterangan.

“Tumpuan utama kita lebih kepada sindiket atau ahlinya yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kita setakat ini berpuas hati dengan keterangan yang diambil, namun masih terlalu awal untuk mendedahkan individu terlibat termasuk unsur berkaitan ‘orang dalam’,” ujarnya.

Menurut beliau, siasatan kes itu tidak mudah kerana melibatkan sindiket yang menggunakan identiti palsu.

“Biarpun kita berjaya mengesan nombor telefon, ia bukan boleh terus saja ditangkap kerana sindiket itu didapati menggunakan identiti palsu.

“Kita juga perlu siasat faktor sindiket itu berada di Malaysia atau luar negara yang mempunyai kaitan dengan juruterbang tersebut,” katanya.

Tambah Hussein, PDRM masih mengumpul semua keterangan dan akan memantau perkembangan lanjut kes itu dengan POLRI. – KOSMO! ONLINE

The post PDRM diberi dua hari soal pilot seludup 25 ekstasi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved