PDRM Mohon Interpol Keluarkan Notis Merah Terhadap Tamim Dahri

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 2:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PDRM Mohon Interpol Keluarkan Notis Merah Terhadap Tamim Dahri

PDRM Mohon Interpol Keluarkan Notis Merah Terhadap Tamim Dahri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan Notis Merah terhadap aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak, yang dipercayai masih berada di luar negara bagi membantu usaha mengesan serta membawanya pulang ke Malaysia untuk siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata permohonan itu dikemukakan kepada Interpol pada 8 Jun lalu, selepas PDRM mengambil tindakan memohon pembatalan pasport suspek.

Menurut beliau, semakan rekod pergerakan keluar masuk negara bersama Jabatan Imigresen Malaysia mendapati Tamim Dahri masih berada di luar negara.

"Bagi tujuan mengesan dan membawa balik suspek, PDRM sudah memohon pembatalan pasport suspek dan kemudiannya telah mengemukakan permohonan Red Notice kepada pihak Interpol pada 8 Jun lalu," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai status tindakan PDRM dalam usaha mengesan Tamim Dahri.

Baca juga:

Sebelum ini, pada 17 Mac lalu, media melaporkan Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah menangguhkan prosiding pertuduhan terhadap Tamim Dahri selepas dimaklumkan bahawa suspek dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut pihak pendakwaan, Tamim Dahri dipercayai meninggalkan Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam menuju ke Thailand pada 9 Mac sebelum dikesan berada di Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan masih belum dapat mengesahkan sama ada suspek memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau visa umrah.

Pada 17 Mei lalu, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Tamim Dahri.

Tamim Dahri berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam yang merupakan simbol suci penganut Hindu di tapak lama sebuah kuil di Langkawi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved