PDRM Siasat Kenderaan Polis Yang Mengiring VIP Rempuh Kenderaan Awam

Entertainment
18 Nov 2024 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video tular memperlihatkan kenderaan anggota polis yang dikatakan mengiringi orang kenamaan telah merempuh kereta awam di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)media sosial pada Sabtu lalu.

Susulan itu, pihak polis kini sedang melakukan siasatan. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan semasa petugas Polis Diraja Malaysia mengiringi orang kenamaan.

“Kita menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Seremban, Negeri Sembilan.”

Tambah beliau, JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan

Sebelum ini, video berdurasi satu minit empat saat tersebut memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.

Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu disyaki memandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga itu.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved