

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta yang mengiringi orang kenamaan (VIP) merempuh sebuah Proton Saga di di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Sabtu lalu.
Rata-rata pengguna media sosial tidak berpuas hati kerana kemalangan itu sebenarnya boleh dielakkan jika kereta pengiring itu tidak memandu laju.

Mujur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun beberapa gambar yang dimuat naik di internet menunjukkan Proton Saga itu kemek teruk di bahagian belakang.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan . kes terbabit masih di bawah siasatan JSPT bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Untuk makluman, maklumat kemalangan yang ditularkan adalah semasa petugas PDRM mengiringi orang kenamaan di Lebuhraya Utara-Selatan.
"Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada 16 November di KM 259 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan membabitkan dua kenderaan berdasarkan laporan diterima," katanya

