PDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi: Saifuddin

21 Mar 2023 • 2:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata siasatan kini sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia.

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW. -Bernama