PDRM, Suhakam kaji atasi masalah kematian tahanan dalam lokap - PM Anwar

LocalPolitics
9 Sep 2024 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berucap pada Majlis Pelancaran Logo sempena Hari Sambutan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Ke-25 di KL Sentral pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan membuat siasatan dan kajian mengenai isu kecederaan dan kematian tahanan di dalam lokap semasa proses siasatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prosedur dan perlindungan yang bersesuaian perlu diwujudkan bagi mengelakkan kejadian kecederaan dan kematian tahanan dalam lokap berulang.

Beliau berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah menyatakan keterbukaan PDRM untuk bekerjasama dengan Suhakam berhubung perkara itu.

"Yang menyiasat itu polis, yang menjatuhkan hukuman itu hakim. Sebelum dijatuhkan hukum, mereka (suspek) jangan dihukum terlebih dahulu,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Suhakam ke-25, di sini pada Isnin.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi Suhakam Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.