Pearly-Thinaah juara Kumamoto Masters 2025

FootballSports
16 Nov 2025 • 2:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly-Thinaah muncul juara Kumamoto Masters pada Ahad. Foto: Agensi

[DIKEMAS KINI] BEREGU badminton wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah membuktikan keampuhan mereka di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara Masters Jepun 2025 di Kumamoto pada Ahad. 

Pada pertembungan akhir di Gimnasium Kumamoto Prefectural itu, pilihan utama kejohanan bertaraf Super 500 berkenaan dipaksa berhempas pulas sebelum mengetepikan beregu tuan rumah yang juga pilihan keempat, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 22-20, 21-19 dalam tempoh 54 minit.

Kejayaan tersebut mengukuhkan rekod cemerlang Pearly-Thinaah yang kini merekodkan tujuh kemenangan daripada sembilan pertemuan menentang pasangan Jepun yang menghuni ranking ketujuh dunia itu.

Gandingan ranking kedua dunia itu meraih gelaran pertama mereka tahun ini pada kejohanan Terbuka Thailand pada Mei, diikuti Terbuka Artik di Vantaa, Finland bulan lepas. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved