Pearly-Thinaah mara ke final Masters Jepun, Sze Fei-Nur Izzuddin tersingkir

FootballSports
15 Nov 2025 • 1:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke final Masters Jepun 2025, hampir raih gelaran ketiga musim ini, manakala Sze Fei-Nur Izzuddin tewas

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah semakin menghampiri gelaran ketiga musim ini selepas mara ke final Masters Jepun 2025.

Pasangan pilihan pertama itu menewaskan beregu tuan rumah Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 24-22, 23-21 dalam separuh akhir kejohanan Super 500 di Kumamoto.

Kemenangan selama 57 minit itu menambah baik rekod pertemuan mereka ke atas Fukushima-Matsumoto kepada 5-1.

Pearly-Thinaah kini bakal berdepan beregu tuan rumah Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di pentas final esok.

Pasangan negara itu mempunyai kelebihan rekod dengan enam kemenangan dalam lapan pertemuan setakat ini.

Pearly-Thinaah meraih gelaran pertama mereka tahun ini pada kejohanan Terbuka Thailand pada Mei.

Mereka kemudian memenangi gelaran kedua di Terbuka Artik di Finland bulan lepas.

Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin pula tersingkir di peringkat separuh akhir.

Pasangan pilihan kedua itu tewas kepada Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dari Jepun 12-21, 17-21 dalam 38 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin meraih satu-satunya gelaran musim ini pada Terbuka India 2025 pada Januari lepas.

Mereka sebelum ini tewas di final Terbuka Jepun 2025 kepada pasangan Korea Selatan pada Julai lepas. – Bernama