Pearly-Thinaah rangkul gelaran kedua Terbuka Hong Kong

22 Nov 2026 • 6:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pearly-Thinaah rangkul gelaran kedua Terbuka Hong Kong

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah merangkul gelaran kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong, selepas mengetepikan wakil Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi dalam perlawanan akhir di Hong Kong, hari ini.

Gandingan No. 4 dunia yang diletakkan selaku pilihan kedua itu menewaskan beregu ke-11 dunia tersebut 22-20, 21-16 dalam masa 40 minit.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Pearly-Thinaah menyamakan rekod pertemuan dengan Nakade-Takahashi menjadi 1-1.

Sebelum ini, Pearly-Thinaah pernah tewas kepada beregu Jepun itu dalam pertemuan sulung mereka pada final Terbuka Taiwan, Ogos lalu.

Ini merupakan gelaran kedua Pearly-Thinaah pada Terbuka Hong Kong, selepas merangkul kejayaan pertama pada edisi 2024.

Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$39,500 (RM162,469), pingat emas dan trofi pada kejohanan berstatus Super 500 itu. – UTUSAN

The post Pearly-Thinaah rangkul gelaran kedua Terbuka Hong Kong appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved