Pecah Cermin Kereta Di Desa Mentari, 3 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

4 Aug 2026 • 12:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pecah Cermin Kereta Di Desa Mentari, 3 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

PETALING JAYA - Polis menahan tiga lelaki awal pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian beberapa kenderaan dipecah cermin di sebuah kawasan parkir di Desa Mentari, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kesemua suspek berjaya diberkas di sekitar Petaling Jaya menerusi operasi yang dijalankan pihak polis.

Menurut beliau, permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dikemukakan di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian memecahkan cermin beberapa kenderaan di kawasan parkir berkenaan.

Dalam kejadian itu, polis menerima laporan berhubung insiden tersebut kira-kira jam 5 petang.

Rakaman video kejadian boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/VibesNewsMedia - Getaran, 4 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved