Pelajar kolej maut dalam perjalanan pulang ke kampus

4 Aug 2026 • 7:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar kolej maut dalam perjalanan pulang ke kampus

MUAR: Seorang pelajar kolej lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri ketika dalam perjalanan pulang ke kampusnya di Kilometer 138.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Abd. Aziz berkata, dalam kemalangan pada pukul 5.48 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal seorang diri dari arah Johor Bahru menuju ke Tampin, Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri di lorong kanan lebuh raya. Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala serta kedua-dua belah kaki,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan. Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-UTUSAN

The post Pelajar kolej maut dalam perjalanan pulang ke kampus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved