Pecah rekod kebangsaan pada usia 16 tahun, Nadia Lim bakal beraksi di Beijing

24 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Pecah rekod kebangsaan pada usia 16 tahun, Nadia Lim bakal beraksi di Beijing

Perenang muda negara, Nadia Lim, mencipta pencapaian membanggakan apabila melayakkan diri ke Kejohanan Renang Short Course Dunia 2026 di Beijing, China, pada usia baru 16 tahun.

Nadia mengesahkan kelayakan itu selepas memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 200 meter gaya bebas short course.

Beliau mencatat masa 1 minit 59.19 saat, mengatasi rekod terdahulu 2 minit 3.38 saat yang dilakukannya pada Swim England National Winter Championships 2025.

Nadia mengakui kelayakan ke kejohanan dunia itu sememangnya menjadi sasarannya, namun menyedari cabaran yang bakal menanti di pentas lebih tinggi.

Bagaimanapun, perenang muda itu melihat peluang beraksi di Beijing sebagai platform penting untuk menimba pengalaman dan menguji kemampuan diri ketika berdepan pencabar antarabangsa.

Pencapaian tersebut menjadi satu lagi perkembangan positif buat Nadia dalam usahanya meningkatkan prestasi serta membina pengalaman di peringkat elit dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved