“Pecah rekod lagi” – Lelaki Ini Berjaya Habiskan Nasi Kandar RM350 Setalam Dalam Masa 1 Jam

Entertainment
25 Aug 2024 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang pergi Pulau Pinang, memang tak sah lah kalau tak pekena nasi kandar. Dekat Penang tu banyak kedai nasi kandar, cuma kena tahu je yang mana sedap dah mesra poket.

Lauk-pauk nasi kandar ni sebenarnya ada yang murah, dan ada juga yang mahal. Ikut poket sendiri nak belanja berapa banyak dan ikut kemampuan lah. Ada satu kedai nasi kandar yang cukup popular di Pulau Pinang yang menyediakan cabaran nasi paling mahal.

Sebelum ini, rekod yang dicatatkan di restoran itu adalah RM300. Terkini, rekod itu dipecahkan dengan harga RM350 untuk setalam nasi kandar. Yang bestnya, si pemecah rekod berjaya habiskan setalam nasi kandar dalam tempoh 1 jam sahaja. Korang tengok lah video @nasikandarsulaiman di bawah ni.

 

Pecah rekod lagi

Seram min tengok nasi kandar penuh setalam tu. Kalau tanya min, memang tak boleh lah nak habiskan sorang diri. Silap-silap panggil dua-tiga orang kawan pun struggle nak habiskan.

image is not availableKalau sebelum ni, rekod beliau telah dipecahkan oleh seorang infleuncer dari Singapura. Kali ini lelaki ini kembali untuk pecahkan semula rekod.

image is not availableBiasa kalau makan nasi kandar, kuah campur tu mesti akan kena sikit dekat baju. Lagi-lagi kalau pakai baju cerah, memang nampak kesan kuah. Abang ni steady je pakai baju putih, tak takut kotor.

image is not availableMemang betul-betul makan satu talam. Sampai licin habis semua nasi dan lauk. Tekak apa lah ni boleh masuk makanan banyak-banyak macam tu, memang gifted.

image is not availableMungkin jawatankuasa Olimpik boleh masukkan pertandingan ni. Ada banyak je pencabar dari serata dunia yang boleh makan banyak.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.