Pecut lari sekatan jalan raya, BMW terbabas rempuh tangki air

LocalCars
7 Jul 2026 • 8:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pecut lari sekatan jalan raya, BMW terbabas rempuh tangki air
Keadaan kereta BMW yang merempuh tangki air di Kilometer 23, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Padang Tengku, petang Ahad. Foto polis Lipis
Image from: Pecut lari sekatan jalan raya, BMW terbabas rempuh tangki air
Lelaki berusia 45 tahun berkenaan dipercayai membawa lima warga Myanmar dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. Foto polis Lipis

LIPIS - Cubaan seorang lelaki untuk meloloskan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) berakhir dengan kemalangan apabila kereta BMW yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tangki air di Kilometer 23, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Padang Tengku di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 45 tahun berkenaan dipercayai membawa lima warga Myanmar dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati pemandu terbabit bertindak memecut laju selepas enggan berhenti di sekatan jalan raya.

“Kira-kira lima kilometer dari lokasi sekatan, kereta itu terbabas sebelum merempuh tangki air di hadapan sebuah kedai makan di tepi jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu bersama dua penumpang wanita warga Myanmar mengalami kecederaan dan berjaya ditahan polis,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3573729]**

Beliau berkata, tiga lagi penumpang warga Myanmar yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita sempat melarikan diri selepas kejadian dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua wanita warga Myanmar yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan tiga warga Myanmar yang masih diburu diminta tampil membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved