
HANTARAN penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima dalam Threads mencuri perhatian apabila memaparkan dua pelakon berpengalaman, Eman Manan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sedang melakukan ‘script reading’.
Perkongsian itu turut mengundang perbincangan mengenai kesungguhan seseorang pelakon mempersiapkan diri sebelum melangkah ke set penggambaran.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa secara khusus, kenyataan Erma seolah-olah memberikan teguran pedas terhadap segelintir pelakon, khususnya apabila timbul dakwaan ada pihak meminta bayaran untuk menghadiri sesi latihan.
“Pelakon yang jelas kehebatannya pun tidak berhenti mempersiapkan diri sebelum melangkah ke set.
“Bagaimana pula dengan pelakon kurang hebat? Itu pun ada pelakon saya dengar mahu meminta bayaran untuk latihan. Nasib baik bukan pelakon-pelakon Langit 2 Warna. Maaf, saya tidak akan melayan pelakon kononnya hebat seperti itu,” tulisnya.
Pedas sungguh teguran Erma! Diva melihat isu ini sebagai peringatan bahawa dunia lakonan bukan sekadar menghafal dialog, menghafal skrip kemudian muncul di depan kamera.
Persediaan, disiplin dan kesungguhan juga menentukan mutu sesebuah karya. Kalau pelakon senior sehebat Eman Manan dan Ahmad Tarmimi pun masih berusaha mengasah kemampuan, tidak perlulah ada pihak berasa terlalu besar untuk belajar.
DIVA: Kasihan Nadeera, asyik dikaitkan dengan gelaran ‘one hit wonder’. Berilah ruang untuk penyanyi itu membuktikan kemampuannya okey!
The post Pedas sungguh teguran Erma Fatima! appeared first on Kosmo Online.



