
“Tanpa KTM dan Red Bull, saya mungkin hanya duduk di rumah.” – Pedro Acosta
Pelumba muda berbakat besar, Pedro Acosta, baru-baru ini mengakui bahawa kariernya mungkin tidak akan bermula tanpa sokongan penting daripada KTM, Red Bull dan ketua pasukan Aki Ajo. Dalam satu kenyataan yang jujur, Acosta berkata, “My father is not a millionaire. If KTM or Red Bull hadn’t given me a chance, I’d be at home right now. Nobody came to me offering a ride.”
Kenyataan itu membuka realiti sebenar di sebalik dunia perlumbaan elit seperti MotoGP. Ramai pelumba bukan berasal daripada keluarga ‘kayangan’ yang mampu menanggung kos tinggi perlumbaan sejak usia muda. Acosta hanyalah salah seorang daripada ramai pelumba yang bergantung sepenuhnya kepada penaja untuk membina karier mereka.
Dalam dunia permotoran moden, bakat semata-mata tidak mencukupi. Kemahiran, keputusan di litar dan potensi jangka panjang adalah penting akan tetapi tanpa hubungan baik dengan penaja, impian itu mungkin terhenti. Acosta menekankan bahawa tiada siapa datang menawarkan tempat kepadanya dan tanpa KTM atau Red Bull yang percaya kepada bakatnya, dia tidak akan ke mana.
Kisahnya menjadi inspirasi buat ramai pelumba muda dan keluarga. Bakat sememangnya perlu dicari, diuji, dan diberi peluang namun untuk benar-benar berkembang, pelumba muda juga perlu membina jaringan yang kukuh, menjaga hubungan profesional, dan membuktikan mereka berbaloi untuk dilaburkan.
Dalam kes Pedro Acosta, bakat dan peluang bertemu pada masa yang tepat dan kini dia berada di ambang menjadi bintang besar MotoGP.
The post Pedro Acosta Hargai KTM & Red Bull. appeared first on TW Media.


