Pegawai Awam Lebih 8KM Layak BDR Mulai 15 April

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 9:07 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR — Kerajaan mengumumkan pegawai sektor awam yang mempunyai jarak perjalanan sehala melebihi 8 kilometer layak untuk bekerja dari rumah (BDR) bermula 15 April ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi satu surat edaran bertarikh 2 April bertajuk “Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah bagi Perkhidmatan Awam berikutan Konflik Asia Barat”.

Menurut laporan BERNAMA, pelaksanaan itu melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bertugas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta semua ibu negeri.

Dalam kenyataan tersebut, kerajaan bersetuju melaksanakan BDR secara berperingkat susulan konflik yang berlaku di Asia Barat, sebagai langkah strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis tenaga global.

Langkah ini dilihat sebagai pendekatan proaktif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan tenaga serta memastikan kelangsungan operasi perkhidmatan awam kekal efisien dalam situasi mencabar. – The Malaysian Update

The post Pegawai Awam Lebih 8KM Layak BDR Mulai 15 April appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved