Pegawai Berjarak Lebih 8 Kilometer Layak BDR 3 Hari Seminggu- JPA

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 9:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pegawai Berjarak Lebih 8 Kilometer Layak BDR 3 Hari Seminggu- JPA

Pegawai sektor awam dengan jarak perjalanan sehala melebihi 8 kilometer layak bekerja dari rumah (BDR) mulai 15 April ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menerusi surat edaran “Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah bagi Perkhidmatan Awam berikutan Konflik Asia Barat” bertarikh 2 April.

Baca juga:

Surat itu juga menyatakan bahawa pegawai yang layak untuk BDR ialah yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta semua ibu negeri.

"Berikutan konflik yang berlaku di Asia Barat, kerajaan telah bersetuju supaya Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk melaksanakan BDR secara berperingkat sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global," katanya.

Bagi negeri-negeri di mana Hari Kelepasan Mingguan (HKM) hari Ahad, BDR adalah pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari. Manakala, Isnin dan Jumaat tidak dibenarkan BDR.

Dalam pada itu, negeri-negeri di mana HKM pada hari Jumaat iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, BDR adalah pada Isnin hingga Rabu secara sepenuh hari. Pegawai tidak dibenarkan BDR pada Ahad dan Khamis.