Pegawai Jabatan Imigresen Ditahan, Disyaki Terlibat Kegiatan Bawa Masuk Warga Asing Tanpa Pemeriksaan Di Pintu Masuk Negara

LocalPolitics
29 Mar 2025 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Disyaki terlibat kegiatan bawa masuk warga asing di pintu masuk negara tanpa pemeriksaan, seorang pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 telah ditahan beberapa hari lalu.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Menurut laporan Berita Harian, dua pasport Sri Lanka dan sembilan pasport Pakisatan telah ditemui dalam baju sejuk yang dipakai oleh pegawai imigresen itu oleh pasukan Unit Integriti Jabatan tesebut ketika penahanan itu dijalankan.

Pegawai berkenaan ditahan selepas pihak pasukan Unit Integriti mendapat maklumat berkaitan kegiatan tersebut.

Untuk siasatan lanjut, pegawai berkenaan yang ditahan kemudiannya telah diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Menurut Datuk Zakaria Shaaban iaitu Ketua Pengarah Imigresen, pihak mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang mencemarkan nama baik jabatan tersebut.

Jika terbukti bersalah, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai yang terlibat dengan kegiatan berkenaan.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.