Pegawai PBT terima rasuah RM26,000 ditahan 

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 1:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pegawai PBT terima rasuah RM26,000 ditahan 

PETALING JAYA: Seorang pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM26,000.

Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Satu sumber berkata, rasuah diperoleh daripada seorang pemilik syarikat ‘runner’ sebagai balasan membantu dan mempercepatkan urusan pengeluaran lesen perniagaan serta tidak mengambil apa-apa tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2019 hingga 2023.

“Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan tersebut

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post Pegawai PBT terima rasuah RM26,000 ditahan  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved