Pegawai Pertanian Kemaman diiktiraf FAO 100 Women Heroes di Itali

16 Oct 2026 • 2:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pegawai Pertanian Kemaman diiktiraf FAO 100 Women Heroes di Itali

PETALING JAYA– Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, Nur Shazwani Mohd. Salleh mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih sebagai salah seorang penerima pengiktirafan antarabangsa FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems and Rural Development 2026.

Pengiktirafan itu diberikan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan disampaikan dalam satu majlis di Itali, semalam.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan, Nur Shazwani disenaraikan sebagai wakil Malaysia dalam senarai rasmi 100 wanita yang diiktiraf atas sumbangan mereka dalam sektor pertanian, sistem agromakanan dan pembangunan luar bandar.

Inisiatif global itu diperkenalkan sempena Tahun Antarabangsa Wanita Peladang 2026 bagi mengiktiraf peranan wanita dalam memperkukuh sektor pertanian di seluruh dunia.

Menurut FAO, sebanyak 609 pencalonan diterima daripada 131 negara anggota sebelum proses penilaian dilaksanakan bagi memilih penerima pengiktirafan berkenaan.

Pemilihan itu melalui beberapa peringkat termasuk semakan kelayakan, penilaian pengurusan kanan dan dua pusingan perbincangan sebelum senarai akhir dimuktamadkan.

Pengiktirafan berkenaan turut menonjolkan sumbangan wanita dalam memperkukuh keselamatan makanan, memperluas akses pasaran, memelihara pengetahuan tradisional serta mewujudkan peluang ekonomi kepada komuniti luar bandar.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Nur Shazwani dan berharap kejayaan itu menjadi inspirasi kepada warga pertanian untuk terus memperkasa sektor agromakanan negara.- KOSMO! ONLINE

The post Pegawai Pertanian Kemaman diiktiraf FAO 100 Women Heroes di Itali appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved