Pegawai perubatan Melaka direman kes salah guna kuasa RM1.5 juta

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 8:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pegawai perubatan Melaka direman kes salah guna kuasa RM1.5 juta

Pegawai kanan perubatan di Melaka direman lima hari SPRM kerana disyaki salah guna kuasa dalam pembekalan implan lutut bernilai RM1.5 juta.

MELAKA: Seorang pegawai kanan perubatan di sebuah hospital di sini direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam urusan pembekalan implan lutut bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman hingga 12 Sept terhadap lelaki berusia 50-an itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini.

Sumber berkata suspek ditahan pada 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga penjawat awam dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2024 hingga 2026.

“Suspek dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal yang dipercayai milik ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved