Tangkapan SPRM babit rasuah RM1.6 juta di Johor tidak libatkan Exco

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 7:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tangkapan SPRM babit rasuah RM1.6 juta di Johor tidak libatkan Exco

PETALING JAYA: Penahanan seorang individu berhubung rasuah serta salah guna kuasa melibatkan jumlah kira-kira RM1.6 juta tidak melibatkan mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pegawai atau agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, sebaliknya individu yang ditahan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lot Tapak Perumahan Generasi Ke-2 di Tanah Rancangan di Tenggaroh 2 negeri Johor.

“Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya yang membabitkan mana-mana individu atau pegawai kerajaan negeri berkenaan.

SPRM komited untuk menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakukan rasuah atau salah guna kuasa,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan meminta wang kira-kira RM4,000 dalam urusan permohonan lot tapak perumahan.

Suspek disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah serta menyalahgunakan kuasa dengan memperdaya pemohon tanah kerajaan dengan meminta wang setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan kesemua perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2025.

Suspek sebelum menyeleweng wang tersebut untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu. – UTUSAN

 

The post Tangkapan SPRM babit rasuah RM1.6 juta di Johor tidak libatkan Exco appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved