Pegawai Polis Berpangkat DSP Dalang Samun RM4.4 Juta

LocalPolitics
11 Apr 2026 • 11:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kecoh bila Polis Diraja Malaysia sahkan seorang pegawai mereka ditahan kerana dipercayai menjadi dalam utama dalam kes samun besar di Kepong. Lagi mengejutkan, nilai keseluruhan rampasan mencecah RM4.4 juta.

Suspek bukan calang-calang orang sebab dia berpangkat DSP dan pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Difahamkan juga, dia telah digantung tugas sejak Januari lepas.

Suspek dipercayai memainkan peranan utama dalam mendalangi operasi kumpulan terbabit, termasuk merancang dan menyelaras pergerakan mereka.- Katanya.

Menyamar anggota polis untuk pecah masuk

image is not available

Bukan itu sahaja, enam lelaki tempatan termasuk dua pengawal peribadi turut ditahan dalam kes ini. Mereka dipercayai terlibat dalam tiga kejadian samun di rumah warga asing.

Lebih licik, kumpulan ini dikatakan menyamar sebagai anggota polis untuk memudahkan mereka masuk ke dalam rumah mangsa. Kejadian berlaku sekitar awal pagi antara jam 5.30 hingga 7.30 pagi.

Mangsa pula terdiri daripada dua warga China dan seorang wanita warga Indonesia. Salah seorang suspek turut mengacu objek menyerupai pistol bagi menakutkan mangsa sebelum melarikan diri.

Kereta mewah dan emas jadi sasaran

image is not available

Antara barangan yang berjaya dilarikan termasuk tiga kereta mewah iaitu Rolls-Royce, Bentley dan Toyota Alphard. Selain itu, peti besi, wang tunai RM24,200, mata wang asing USD1,200, barang kemas dan dua jongkong emas turut lesap.

Apa yang lebih membimbangkan, dua pengawal peribadi yang ditahan dipercayai menyalahgunakan senjata api berlesen ketika melakukan jenayah tersebut.

Kini, kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan.

Pssttt! Kes macam ni memang buat kita terfikir, siapa pun boleh terlibat kalau salah guna kuasa. Korang kena sentiasa berhati-hati dan jangan mudah percaya walaupun nampak macam “anggota”. Pastikan sah dulu sebelum buka pintu atau beri kerjasama.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pegawai Polis Berpangkat DSP Dalang Samun RM4.4 Juta appeared first on Oh! Media.